Panggilan dari insurance /AIA Insurance

Ambil perhatian bahawa COVID-19 tiada dalam perlindungan insurance dan takaful buat masa ini. Saya letakkan link ke sumber berita di bawah (Berita Harian), atau anda boleh Google.


Tentang AIA Insurance:
  • Jika anda tidak mahu diganggu oleh agent AIA Insurance, block nombor dia menggunakan True Caller App. Anda juga boleh block secara manual.
  • Saya tidak cadangkan anda menyertai insurance melalui panggilan telefon sebegini. AIA Insurance akan bersembunyi di bawah polisi mereka jika anda masuk melalui panggilan telefon sebegini. Sudah ramai mengadu sukar untuk mendapatkan tuntutan bila diminta.
  • Ramai sudah ditipu oleh AIA Insurance. Saya ceritakan lebih lanjut di bawah atau anda boleh klik sini untuk pergi ke perenggan berkenaan
  • AIA Insurance mendapat nombor telefon anda dari bank partner mereka. Mereka ada nyatakan semua ini dalam website mereka. Saya ceritakan lebih lanjut di bawah atau anda boleh klik sini untuk pergi ke perenggan berkenaan.
  • Kemungkinan besar AIA insurance atau insurance ini ialah perangkap bank supaya anda terlibat dalam lebih banyak masalah kewangan. Saya ceritakan lebih lanjut di bawah atau anda boleh atau klik sini untuk pergi ke perenggan berkenaan.
  • AMARAN: Jangan masuk. AIA Insurance tetap mengganggu anda kalaupun anda masuk polisi insurans mereka. Mereka akan mengganggu anda dengan lebih banyak jualan tambahan (upsell) seperti kad kredit.
  • Bank mencipta duit baru setiap kali anda menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman. Mereka tidak meminjamkan duit pendeposit kepada anda sebenarnya. Sistem perbankan ialah perhambaan di zaman moden. Saya ceritakan di bawah atau klik sini untuk pergi ke perenggan berkenaan.
  • Jika anda ingin tahu cara tamatkan kontrak dengan AIA Insurance, teruskan membaca atau klik sini
  • COVID-19 ialah penyakit yang tidak dilindungi AIA Insurance dan AIA Takaful.
Tentang telemarketers atau Macau scammers:
  • Jika panggilan itu meragukan, ia adalah penipuan (scam). Tamatkan panggilan dan block nombor pemanggil menggunakan True Caller App. Anda juga boleh block secara manual.
  • Sekarang ini scammer panggilan telefon/Macau scam sudah menyamar sebagai agent AIA insurance, pegawai insurance, agent skim pelaburan, pelaburan matawang digital, LHDN, Bank Negara, pegawai KKM malahan polis.
  • Jangan percaya jika seseorang itu mendakwa dari agent AIA Insurance, agent insurance, polis, LHDN ataupun agent pelaburan. Block sahaja semua panggilan yang meragukan.
  • Semua smartphone boleh block nombor sekarang ini. Anda boleh install app macam True Caller App dari Google Play. Saya juga ada senaraikan beberapa cara untuk block panggilan dalam blog post ini. Teruskan membaca. Atau klik sini untuk pergi ke perenggan berkenaan.

Sumber berita berkaitan:


Saya sudah tamatkan panggilan, tetapi saya jangka agent insurance/AIA Insurance akan menelefon saya sekali lagi. Jika dia telefon lagi, apa yang boleh saya buat untuk elakkan daripada dipaksa masuk insurans?
Tamatkan panggilan dengan segera dan block/sekat sahaja nombor telefon syarikat insurans tu. Semua smartphone boleh block nombor, tidak kiralah anda gunakan Android, iOS atau HarmonyOS. 

Saya akan terangkan cara block nombor secara manual, dengan Google Voice, call blocker app ataupun talian kedua. Jika anda tidak menggunakan smartphone, ada cara lain untuk block nombor. Teruskan membaca dan saya akan terangkan semuanya dalam artikel ini.

Tak payah fikir cara jawab panggilan insurance sebab anda boleh block nombor dia. Elakkan daripada mendedahkan maklumat sensitif seperti nombor kad debit atau kad kredit dalam perbualan telefon.

Kaedah 1: Gunakan True Caller App. Sesuai untuk semua jenis smartphone.  

True Caller App akan menyekat semua nombor secara automatik. 

  • Tetapi anda boleh whitelist nombor di belakang kad debit/credit anda jika mahu menerima panggilan dari pihak bank
  • Kadang-kadang pihak bank mungkin menelefon anda untuk mengesahkan transaksi dalam akaun. 
  • Whitelist juga nombor keluarga dalam phonebook/contact list anda.

Kaedah 2: Block secara manual.

Tonton video di bawah ini untuk pelajari cara block nombor pemanggil dalam telefon touch screen Android. Jika anda pernah dihubungi oleh agent insurans/scammer, nombor telefon dia atau syarikat dia mesti ada dalam rekod telefon anda. Cari dan block sahaja nombor tersebut.  

Berkaitan:

Block seseorang di Whatsapp, Telegram, WeChat dan Facebook

Scammer juga mulai gunakan Whatsapp dan Telegram kebelakangan ini untuk menipu duit anda. Tonton video di bawah untuk tahu cara block panggilan di Whatsapp. 

 

Kaedah 3: Block panggilan menggunakan app lain dari Google Play atau F-Droid:
Cara lain untuk block panggilan ialah dengan memasang/install app untuk menyekat nombor dalam telefon pintar anda. Anda boleh gunakan app seperti Calls Blacklist/True Caller App/Mister Number dan lain-lain. Search di Google Play untuk download app ini.

Calls Blacklist akan menyekat nombor yang tidak dikenali. Tetapi nombor kenalan anda yang disimpan di dalam phone book/contact list tidak akan disekat. Anda boleh ubah setting ini dalam app Calls Blacklist. 

Anda boleh whitelist nombor di belakang kad debit/credit anda jika mahu menerima panggilan dari pihak bank. Kadang-kadang pihak bank mungkin menelefon anda untuk mengesahkan transaksi dalam akaun.

Download link untuk call blocker apps:

Calls Blacklist: Download dari Google Play

Blacklist Blocker, privacy-friendly call blocker app: Download dari F-Droid | Source code di Github


 
Kaedah 4: Gunakan talian kedua. XOX ada prepaid panjang umur dan sesuai untuk tujuan ini.
Nombor pertama, berikan kepada keluarga. Manakala nombor kedua berikan kepada bank dan insurans. Jika insurans menelefon anda melalui nombor kedua, tamatkan panggilan.

Jika anda ingin berjimat, tukar ke OneXOX prepaid (prepaid panjang umur) dan kekalkan kedua-dua nombor anda. Bayar sekali sahaja semasa pendaftaran dan nombor anda akan kekal selama 28 bulan tanpa perlu top-up lagi sepanjang tempoh 28 bulan tu. 

https://xox.com.my/one-xox#welcomedeals




Kenapa skim ini satu penipuan? Kenapa saya tidak patut sertai polisi insurans AIA atau batalkan dengan segera?

Sudah ramai menjadi mangsa penipuan AIA Insurance di seluruh dunia. Dari apa yang saya baca dalam Wikipedia, AIA Insurance mempunyai cawangan di Malaysia, Indonesia, Australia dan banyak lagi negara lain.

Mangsa penipuan mereka di Australia:
Di Australia, ada ramai yang merungut tentang syarikat AIA Insurance ini. Sedangkan undang-undang di Australia sudah cukup ketat dalam hal-hal sebegini. Bayangkan sahajalah berapa banyak client AIA Insurance yang tidak puas hati di Malaysia. Mereka yang tinggalkan rating positif tentang company ini ialah mereka yang belum membuat tuntutan. Sebaik sahaja mereka membuat tuntutan, ada sahaja masalah dari syarikat ini.

Di bawah ialah salah satu aduan tentang AIA Insurance di Australia. Anda boleh baca aduan-aduan lain di sini: productreview.com.au

AIA review Australia



Di Indonesia:
AIA Insurance juga menerima banyak aduan di Indonesia. Sumber dan baca selanjutnya di sini: poskota.co.id


Di Malaysia:
  • COVID-19 tiada dalam perlindungan insurance dan takaful buat masa ini. (Sumber: Berita Harian).
  • Pasal isu insurans ni, memang member forum Carigold sudah kutuk dan kena tipu oleh telemarketer dan skim insurans dari tahun 2016 lagi. Ada sebab kenapa saya nyatakan forum ni. Ada ramai agent insurance dan takaful dalam forum ni. Dan ramai juga yang ambil insurans dan takaful dalam forum tu. Anda boleh baca contoh thread di sini.
  • Jika anda tidak bersetuju dengan insurans melalui telefon, agent akan berkeras dan tidak akan lepaskan anda sehingga anda bersetuju. Jika saya dan anda memeras ugut duit melalui telefon, ia adalah satu jenayah. Ini namanya mencuri dan peras ugut. Tetapi mereka dibenarkan buat macam tu kerana mereka dari bank. Bukan itu sahaja, AIA Insurance sebenarnya mendapat nombor telefon daripada bank partner mereka. Mereka ada nyatakan semua ini dalam laman web mereka.
  • Jika anda Google untuk keyword "AIA Insurance penipu", "AIA Insurance scam" dan "AIA Insurance refund", anda akan membaca banyak rungutan dan cerita buruk tentang syarikat ini. Ini ialah salah satu contoh.
  • Lebih dari 50% wang anda tidak akan dikembalikan. Jika anda batalkan polisi dalam tempoh 3 tahun ke atas, duit anda akan dipulangkan tidak sampai separuh. (Sumber dan maklumat lanjut di sini). Yang tipunya ialah semasa agent syarikat menelefon anda, dia berjanji duit akan dipulangkan dan anda fikir akan dapat pulangan penuh. Yang tidak diberitahu, duit akan dipulangkan dalam jumlah tidak sampai separuh. Dan ia bergantung kepada jenis insurans yang anda ambil.
  • Hukum insurans ialah haram dan sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada unsur-unsur penindasan, judi dan keraguan (Riba, judi dan gharar). Bukti dan maklumat lanjut ada dalam laman web MuftiWP di sini. Memanglah fatwa tu tidak relevan pada bukan Muslim. Tetapi, masalahnya ialah ramai di kalangan mereka yang menerima promosi dan masuk skim insurans sebegini ialah Muslim. Malahan ramai juga yang menjadi agent insurans terdiri daripada Muslim. Perlu juga diingatkan di sini, skim insurans bukannya skim takaful. Takaful hukumnya halal, tetapi insurans hukumnya haram.
  • Hendak masuk dan membayar insurans senang, tetapi hendak menuntut pampasan susah. Sudah banyak kes sebegini terjadi pada masa lepas dan dilaporkan dalam media seperti Berita Harian dan Sinar Harian (link ke sumber berita di awal post ini). 
  • Sebenarnya semua syarikat insurans mensasarkan 80% - 90% pelanggan mereka tidak akan menuntut pampasan insurans. Jadi, mereka akan mengaut untung berganda-ganda. Jika mereka tidak mencapai sasaran ini, mereka akan mengubah terms of service mereka bila-bila masa sahaja, yang lebih menyukarkan pelanggan untuk menuntut pampasan insurans.
  • Jika anda nak factcheck, anda boleh Google search dengan keyword "What percentage of life insurance policies are claimed" atau klik sini.  
  • Anda dikehendaki bayar setiap bulan walaupun anda tidak dapat apa-apa dengan membayar insurans tu. Ribuan kali lebih baik jika duit tu anda gunakan untuk membayar bil internet.
  • Konsep jual dan lari. Selepas anda masuk dan membayar insurans, tiada support dari pihak syarikat. Malahan, dalam sesetengah kes, nama agent yang menghubungi anda juga tidak didedahkan.  
  • Kemungkinan besar insurance ini sebenarnya perangkap bank supaya anda berhutang dan rugi. (Lebih lagi baca di bawah). Sesetengah company insurance, termasuklah AIA memang bekerjasama dengan bank untuk mendapat data anda. Memang tidak masuk akal untuk anda bayar kepada insurance sebab tujuan sebenar anda buka account bank ialah untuk menyimpan duit, dan bukannya rugi duit.

Adakah AIA Insurance akan berhenti mengganggu saya jika saya sertai polisi insurans?

  • Malangnya AIA Insurance tidak akan berhenti mengganggu anda kalaupun anda masuk polisi insurans tu.
  • Ini pengalaman saya selepas masuk dan tidak tamatkan polisi AIA Insurance segera. Selepas 2 tahun, agent syarikat akan telefon sekali lagi dan dia akan jual pakej yang lebih mahal kepada anda.
  • Bukan itu sahaja, dia juga akan galakkan anda memohon kad kredit dengan bank untuk memerangkap anda dalam lebih banyak masalah kewangan.  
  • Agent insurans yang menelefon anda biasanya bekerja dengan bank, jadi jika anda menyertai insurans dan memohon kad kredit, dia dan syarikat akan untung berganda-ganda.
Bank memang mahu anda supaya berhutang kad kredit dan rugi.
  • Sebab bank mencipta duit "palsu" baru setiap kali seseorang berhutang dengan mereka.  
  • Sebab itulah nilai duit semakin turun yang merugikan pendeposit dan majoriti rakyat Malaysia. 
  • Bank pula untung berganda-ganda semasa pandemik ini. 
  • Tonton video di bawah. Video ini muncul di Youtube untuk keyword "bagaimana duit dicipta".
  • Anda juga boleh search di Youtube untuk keyword "How money is created" dan video Bahasa Inggeris juga menceritakan konsep yang sama.
  • Saya tidak cadangkan pelaburan matawang digital (Bitcoin) kerana ada banyak penipuan dalam pelaburan ini. 

Video terperinci dalam Bahasa Inggeris daripada ColdFusion Channel. Video ini rank di Youtube untuk keyword "How money is created".

Tips daripada video di atas:
  • Video Bahasa Inggeris daripada ColdFusion di atas merujuk kepada US Dollar.
  • Tetapi konsep yang sama, iaitu monetary system dan monetary policy juga diguna pakai di Malaysia.
  • Tonton Coldfusion ini pada 8:30.
  • Zaman sekarang, duit dan pinjaman dibuat dalam bentuk digital seperti kad kredit ataupun komputer.
  • Berdasarkan cara wang dicipta, bank mencipta duit palsu setiap kali anda membuat pinjaman seperti kad kredit.
  • Setiap kali anda menggunakan kad kredit atau pinjaman, duit dalam kad kredit bukanlah duit seseorang yang diberi pinjam kepada anda.
  • Tetapi itu sebenarnya duit palsu baru yang dicipta oleh bank.
  • Jika saya dan anda mencetak duit palsu, ia akan menjadi jenayah. Tetapi bank dibenarkan buat macam tu.
  • Malahan mereka mengkehendaki anda MEMBAYAR BALIK DUIT PALSU tadi BERSERTA INTEREST dengan duit sebenar. Duit gaji anda.
  • Sebab itulah, nilai ringgit Malaysia berkurangan dari tahun ke tahun seperti yang diterangkan dalam video di atas.
  • Hampir 97% peratus duit yang dicipta dalam Malaysia ini dicipta di bank-bank komersial dari pinjaman. (Sumber berita: Astro Awani di sini).
Berikut ialah petikan daripada majalah perniagaan termuka dunia, Forbes:
Money is created when banks lend. 

Bank mengaut untung berganda-ganda di atas angin sahaja semasa pandemik ini:
  • Keuntungan Maybank ialah RM8.1 BILLION untuk tahun 2021. (Sumber: Astro Awani).
  • Untung Public Bank ialah RM5.66 BILLION dalam tahun 2021 sahaja. (Sumber: Berita Harian.).
Rakyat pula menderita dan ramai diisytihar muflis semasa pandemik ini:
  • Lebih 17,000 rakyat diisytihar  sepanjang pandemik ini. (Sumber: Utusan Malaysia).
  • Bila bank dibenarkan mencetak duit palsu, ia akan merugikan kedua-dua pendeposit dan peminjam.
  • Pendeposit akan rugi kerana nilai simpanan mereka menjadi lebih murah.
  • Peminjam juga rugi kerana dikehendaki membayar interest untuk duit palsu kepada bank.
  • Yang paling untung ialah bank.
  • Sistem perbankan ialah satu bentuk perhambaan di zaman modern.
Apa terjadi bila terlalu ramai pengguna membuat pinjaman?
  • Bank akan mencetak banyak duit (palsu) dan nilai duit menjadi murah.
  • Beginilah caranya inflasi berlaku.
  • Untuk mengurangkan inflasi, Bank Negara Malaysia kena campur tangan dengan mengurangkan duit yang dicetak.
  • Caranya ialah dengan menaikkan interest rate atau kadar faedah.
  • Bila interest rate dinaikkan, pengguna akan kurang meminjam duit.
  • Ini kerana mereka kena membayar lebih untuk interest bagi setiap pinjaman mereka.
  • Bila pengguna kurang meminjam, bank komersial seperti Maybank kurang mencetak duit (palsu) ini semua.
  • Dan seterusnya nilai duit akan meningkat dari masa ke semasa.
  • Di Malaysia, interest rate juga dipanggil Overnight Policy Rate (OPR). 
Sumber dan rujukan:
  • Mengapa BNM buat keputusan menaikkan OPR - Berita Harian.
  • How does raising interest rates control inflation? - The Economist Youtube Channel
Syarikat besar lain tidak untung sebanyak bank:
  • Keuntungan Maxis untung tahun 2021: 1.31 billion. (Sumber: Astro Awani).
  • Keuntungan Celcom tahun 2021: TIDAK SAMPAI satu billion. 818.9 JUTA. (Sumber: Berita Harian).
  • Keuntungan TM tahun 2021: TIDAK SAMPAI satu billion. 895.21 JUTA (Sumber: Berita Harian).
  • Keuntungan syarikat internet seperti Maxis dan Celcom tidak sebanyak keuntungan bank.
  • Bukankah itu pelik? Sebab semasa pandemik, orang ramai perlu membayar internet Maxis dan Celcom untuk gunakan MySejahtera.
  • Apa perniagaan bank sebenarnya? Dari mana bank dapat untung begitu banyak? Apa produk mereka? Fikir-fikirkan.
Penyelesaian:
  • Emas masih lagi tempat terbaik untuk mengekalkan nilai duit anda.
  • Beli emas fizikal di kedai emas dan simpan di rumah. 
  • Jangan beli emas online. 
  • Saya tidak cadangkan pelaburan matawang digital (Bitcoin) kepada semua pembaca blog ini kerana ada banyak penipuan dalam pelaburan online.
  • Pelaburan emas di bawah bank konvensional ialah tipu kerana anda tidak boleh tukar emas ke bentuk fizikal.
  • Sebab bank tidak boleh mencetak emas.
Sumber rujukan saya yang lain: Forbes, Economics Stackexchange, Investopedia, Wikipedia, Google search, Youtube search, Berita Harian, Astro Awani, Utusan.

Video Youtube: Search sahaja video ini semua di Youtube.
  • The Biggest Scam In The History Of Mankind - GoldSilver, Mike Maloney
  • Money creation in a fractional reserve system - Khan Academy
  • Money supply: M0, M1, and M2 - Khan Academy
  • Who controls our money - ColdFusion
  • Kenapa kad kredit haram - Dr Zaharudin
Youtube search: Anda boleh search di Youtube untuk keyword berikut:
  • How money is created 
  • How monetary system works
  • How fractional reserve system works.
  • Cantillon effect.
Google search: Anda boleh search di Google untuk keyword:
  • Do banks create money out of thin air
  • How do banks create money when they lend.
Wikipedia - Money creation: Versi Bahasa Inggeris di sini | Versi Bahasa Melayu di sini.

Banks create real money simply by approving a loan. The intermediary "theory" is a misconception, at least regarding money creation as it works today as you point out yourself. Banks don't lend out customers deposits. (Sumber: Economics Stackexchange. )

Why Banks Don't Need Your Money to Make Loans - Investopedia.com

Yes, banks create money out of thin air - Bondeconomics.com
 

Amalan untuk menjadi kaya. Baca surah Al-Waqiah setiap malam. Ustaz Azhar Idrus

 
 
Tips dari video di atas: 

  • Jaga solat lima waktu dan baca surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya sekali sehari selepas Isya' untuk menjauhkan diri dari kemiskinan dan beban hutang.
  • Jauhkan diri daripada riba.
  • Tentang surah Al-Waqiah, anda boleh baca maklumat lanjut di Sinar Harian sini
  • Cuba elakkan berhutang kad kredit. Ramai dah diisytihar muflis kerana kad kredit.

Bagaimana saya boleh tamatkan polisi AIA Insurance? Saya sudah menyertai polisi Insurans AIA melalui telefon. 

Kaedah #1: Membatalkan polisi AIA Insurance dengan mengosongkan akaun bank
Cara yang paling senang ialah anda boleh mengosongkan akaun bank anda. Atau anda boleh langsung menutup akaun bank. Saya tidak pernah cuba cara ini. Akan tetapi dari apa yang saya baca, jika akaun bank anda kosong selama tiga bulan berturut-turut, polisi insurans akan dibatalkan automatik. Semua syarikat insurans memang macam tu.

Jika anda tiada masa hendak ke bank, anda boleh gunakan internet banking dan transfer semua duit dari akaun pertama anda (yang diberikan kepada insurans) ke akaun bank lain. Sebagai contohnya, anda boleh transfer semua duit dari akaun Public Bank ke akaun Tabung Haji. Kosongkan akaun bank pertama anda supaya syarikat insurans tidak boleh menolak baki wang dalam akaun bank. 

Kaedah #2: Membatalkan polisi insurans dengan pergi sendiri ke mana-mana pejabat AIA Insurance
Saya tahu cara ini paling berkesan kerana memang saya sendiri tamatkan polisi insurans menggunakan cara ini. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menamatkan polisi/kontrak AIA Insurance:

1.  Jika anda tidak tahu alamat atau lokasi pejabat AIA Insurance yang terdekat, anda boleh gunakan Google Maps (klik sini: maps.google.com). Masukkan keyword AIA Insurance Kuantan atau bandar mana sahaja tempat anda tinggal. Lepas tu, klik directions dan Google Maps akan tunjukkan arah ke mana patut anda pergi.


2. Sebaik sahaja sampai di pejabat AIA Insurance, beritahu staff di sana bahawa anda mahu tamatkan/terminate polisi insurans. Nyatakan nombor IC dan nombor polisi anda. Staff mereka akan buat surat untuk menamatkan polisi anda. Beritahu staff di situ supaya fotostat surat tersebut, supaya anda boleh simpan satu salinan. 

3. Saya cadangkan anda pergi juga ke bank supaya pihak bank boleh memproses refund duit anda, sekiranya duit anda sudah ditolak kepada syarikat insurans.

4. Pasang Calls Blacklist atau apa sahaja app untuk menyekat panggilan spam. Sebab sebaik sahaja anda membuat surat untuk menamatkan polisi, agent AIA Insurance akan menelefon anda sekali lagi supaya anda tidak jadi menamatkan polisi insurans. Jangan dijawab panggilan tersebut. Block sahaja nombor dia dan selepas itu, agent insurance tu akan beralah. 

Kaedah #3: Membatalkan polisi AIA Insurance melalui email
Cara lain untuk menamatkan polisi AIA Insurance ialah dengan menggunakan email. Tetapi ia kurang berkesan dan permohonan anda mungkin lambat diproses. Anda boleh klik link ini untuk pelajari caranya.

^ Balik ke menu utama/Balik ke permulaan post

Jika duit saya dari akaun bank sudah ditolak untuk insurans, bolehkah saya dapat semula duit saya?
Sekiranya anda menamatkan polisi dalam tempoh kurang dari 15 hari selepas surat polisi sampai, duit anda akan dipulangkan. Ini kerana tempoh masa itu dianggap sebagai cooling off period/waktu percubaan. Tetapi anda mesti tunggu cek dari AIA Insurance sampai ke alamat tempat tinggal anda. Duit refund akan dibayar menggunakan cek.  

Selain itu, dicadangkan anda hubungi pihak bank untuk memproses pulangan semula (refund) duit anda.  

^ Balik ke menu utama/Balik ke permulaan post

Dari mana agent AIA Insurance mendapat nombor saya?
Ada banyak cara syarikat insurans mendapat nombor telefon anda. Dalam kes AIA Insurance, mereka mendapat nombor anda daripada Public Bank atau Citibank. Sekiranya anda memiliki akaun di salah sebuah bank ini, agent insurans akan mengambil nombor dan menghubungi anda untuk mempromosikan insurans. Biasanya agent insurans tu bekerja dengan bank. Semua ini dinyatakan dalam laman web AIA Insurance sendiri dalam link ini:

https://www.aia.com.my/en/what-matters/finance/buying-insurance-over-the-phone.html.

Dalam kes syarikat insurans lain, mereka mendapat nombor telefon mangsa dengan pelbagai cara. 

Sebagai contohnya, sesetengah bank bersembunyi di bawah agreement atau terms of service mereka untuk menjual maklumat anda. Jika anda memohon pinjaman dari bank, anda dikehendaki sain agreement yang panjang. Ada kemungkinan dalam agreement tersebut, ada dinyatakan bahawa anda bersetuju maklumat anda akan dikongsi dengan partner bank atau pihak ketiga. 

Jika sekiranya anda tidak pernah membuat pinjaman bank, ada kemungkinan data anda dijual menerusi produk lain pula. Sebagai contoh, pelaburan emas, pelaburan unit amanah, kad kredit, kad debit, internet banking, internet postpaid dan lain-lain.

Pelaburan emas di bawah bank-bank konvensional ialah TIPU kerana anda tidak boleh tukar emas ke bentuk emas fizikal. Bank tidak boleh mencetak emas dan menukar ke bentuk fizikal akan merugikan mereka.

Baca juga:

Ejen insurans mendakwa dapat maklumat pelanggan daripada pihak bank - Berita Harian 

Kenapa saya tidak tahu tentang terms of service/agreement ini?
Kemungkinan besar anda tidak baca sampai habis semua agreement tersebut. Agreement tersebut panjang, jadi boleh difahami jika anda tidak baca semuanya. Anda terus sahaja sain/tanda tangan agreement tersebut tanpa membaca kandungannya semua sekali. Jadi memanglah anda tidak tahu bahawa maklumat anda sudah dijual.

Apa patut saya buat jika maklumat saya sudah dijual?
Ada 2 cara:

  • Anda boleh pergi ke bank dan batalkan agreement.
  • Jika anda dihubungi telemarketer/agent insurans, anda boleh block nombor dia dan insurans akan berhenti menganggu anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.

  ^ Balik ke menu utama/Balik ke permulaan post

Comment policy:
  • Komen spam atau promosi akan dipadamkan. Jika anda tinggalkan sebarang bentuk promosi, komen anda akan dipadamkan. Tidak kiralah anda tinggalkan nombor telefon, email atau link ke Facebook sendiri, semuanya saya akan delete.
  • Komen dari agent AIA Public Takaful akan dipadamkan. Post saya cuma menyerang skim insurans kerana saya sudah banyak kali ditipu oleh agent AIA Insurance. Tetapi saya tidak menyerang skim takaful. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana agent takaful. Jadi, kalau ada agent AIA Public Takaful cuba defend company mereka di sini, saya akan padamkan komen tu.
  • Link ke sumber berita, video Youtube atau blog lain akan disiarkan jika ia membantu pembaca blog ini.